Tips Matematik

Teknik Menjawab Soalan Matematik UPSR

Sila Klik :
 Muaturun di scribd


Tips cara nak skor 30/40 dalam kertas 2 Matematik



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 
 
Jom kenalpasti kategori  markah  yang anda dapat dalam peperiksaan.

Kategori 1)   dapat Matematik Bawah 40% ?  atau
Kategori 2)   dapat dalam lingkungan ( C & B sahaja) atau
Kategori 3)  dapat (80% keatas)
 

Kategori 1 terlebih dahulu. :
 
Kategori 1 Bermakna   mencapai Markah Matematik
dibawah 40%.
  
kongsi 3 strategi mudah
supaya   boleh tingkatkan
pencapaian dengan HASIL USAHA sendiri.
 
Bermula,
 
... 1
 
... 2
 
... 3
 
SEKARANG.
 
 
 
PERKARA YANG PERLU DIFAHAMI
1-Jika  mencatat markah KURANG dari 40% pada
  peperiksaan  baru baru ini maka dicadangkan fokuskan lebih
  masa pada Soalan dari KERTAS 2 'TERLEBIH DAHULU' untuk membina
  KEYAKINAN mereka.

2-Dari segi Format Matematik UPSR,Kertas 2 (Subjektif) sebanyak 20
  soalan adalah lebih mudah daripada kertas 1 (objektif).

3-Untuk pengetahuan , Matematik UPSR Kertas 2 sebenarnya
  terbahagi kepada 3 bahagian iaitu soalan yang berbentuk 1 markah,
  soalan 2 markah dan soalan yang 3 markah.

------------------------------------------------------------------
 Gambaran Mudah Matematik UPSR KERTAS 2
-----------------------------------------------------------------

Soalan 1 Markah
- Bermula Soalan 1 hingga 5
- Perkara yang ditaksif berkaitan 'Pengetahuan dan Kefahaman'
- Total = 5 markah

Soalan 2 Markah
- Bermula Soalan 6 hingga 16
- Perkara yang ditaksif berkaitan 'KEMAHIRAN ARITHMETIK (PENGIRAAN)'
- Total = 22 markah

Soalan 3 Markah
- Bermula Soalan 17 hingga 20
- Perkara yang ditaksif berkaitan 'KEMAHIRAN APLIKASI'
- Total = 12 markah
 
4- Berdasarkan Pemerhatian ,  cara susunan bagi Format Matematik UPSR
Soalan 1 Hingga 15 bolehlah ditakrif soalan kategori mudah .5 Soalan terakhir 
iaitu yang 3 markah sahaja boelh dianggap agak sukar sedikit.Dalam Kertas 2
Pelajar yang lemah pun boleh mencapai markah dalam lingkungan 30/40 ...
 
PERSEDIAAN YANG PERLU DIBUAT Untuk SKOR 30/40 dalam Kertas 2
 
CADANGAN 1 [ Pada Minggu Pertama .Perlukan 2 Hari dalam seminggu tersebut ~ 3 Jam setiap sesi]
Mantapkan Penguasaan dari segi Penukaran Unit
## Money = Sen ditukar kepada ringgit dan sebaliknya
##Time = sistem 12 kepada 24 jam..minit kepada jam dan sebaliknya
##Length = tukar unit dari cm kepada meter dan sebaliknya
Lain-lain bab seumpamanya.
**Lakukan secara berfokus.INGAT !!TAK PERLU BUAT SEMUA SOALAN
ianya sangat membebankan.
**Caranya :
(a) Ambil 3 Set Soalan Percubaan Negeri ATAU 3 Set Soalan Peperiksaan
Sebenar Atau 3 Set Soalan Ramalan Maths Catch dan cari Soalan-soalan yang
melibatkan PENUKARAN UNIT SAHAJA.Lakukan latihan secara berfokus.
(b) Mungkin boleh luangkan masa 3 jam khas untuk FOKUSKAN : Soalan
Berbentuk Penukaran Unit Sahaja
 
 
CADANGAN 2 [ Pada Minggu Kedua .Perlukan 2 Hari dalam seminggu tersebut ~ 3 Jam setiap sesi]
Mantapkan Penguasaan Tambah,Tolak, Darab ,Bahagi dan Gabungan
## Soalan melibabtkan darab nombor biasa contohnya : 2350 x 345 
## Soalan melibatkan darab perpuluhan : 2.05 x 32
## soalan melibatkan bahagi contohnya 0.756 bahagi 7
## Soalan melibatkan bahagi angka besar contohnya 35683 bahagi 14
## Soalan melibatkan gabungan 504 - 396 bahagi 12
**Lakukan secara berfokus.INGAT !!TAK PERLU BUAT SEMUA SOALAN
ianya sangat membebankan.
 
Caranya :
(a) Ambil 3 Set Soalan Percubaan Negeri ATAU 3 Set Soalan Peperiksaan
Sebenar Atau 3 Set Soalan Ramalan Maths Catch dan cari Soalan-soalan yang
melibatkan ANGKA  dan operasi tambah,tolak,darab atau bahagi sahaja.
.Lakukan latihan ini secara berfokus.
(b) Mungkin boleh luangkan masa 3 jam khas untuk FOKUSKAN : Soalan
Berbentuk Operasi ini sahaja untuk sepanjang hari tersebut..campur-campur
semua bab...Kenalpasti apa yang kurang.maklumkan pada guru sekolah,
guru tuisyen atau guru peribadi anak Puan 
 
CADANGAN 3 [ Pada Minggu Ketiga .Perlukan 1 Hari dalam seminggu tersebut ~ 3 Jam setiap sesi]
Lakukan Latihtubi Mengikut Set Soalan atau Mengikut Format Peperiksaan Sebenar
##Tempoh masa Matematik Kertas 2 UPSR adalah 40 minit.Ikut Seperti masa yang ditetapkan.
##Gunakan Set Soalan Yang sama sperti digunakan dicadangan 1 dan 2 pun tak apa.
##Jika sebelumni guna 3 set.Mungkin perlukan 3 hari untuk buat 3 set tersebut..
##Perhatikan Adakah Anak Puan  masih melakukan kesilapan yang sama?
##Jika masih buat kesilapan yang sama ulang seperti langkah diatas semula.
##Mahu Hasil yang lebih Pantas? Tingkatkan Masa Ulangkaji dari seminggu 2 kali kepada
     seminggu 3 atau 4 kali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan